Followers

Pages

Saturday, June 25, 2011

satay tulang




Assalamualaikum.


Pernah dengar pasal sate tulang? Bagaimana rupa parasnya...adakah tulang semata-mata? Ish takkan lah tulang semata-mata kan. Kita biasa dengan sate ayam tak pun sate daging sahaja kan tapi sate tulang ialah berganda best uols. Tapi ini untuk golongan yang suka makan ayam kat bahagian-bahagian  yang dekat dengan tulang lah seperti drumstick, wing ataupun thigh. Kalau korang ialah jenis yang suka makan bahagian dada dan isi semata-mata, sate tulang tentunya korang tak pandang. hehehe...














Saiznya ialah sedikit besar dari sate ayam biasa. Dan tempoh untuk memakannya ialah sedikit lama berbanding sate ayam biasa. Sebabnya kita nak kasi bersih isi ayam sekitar tulang tu kan. Memang sedap uols. I paling suka sate ini. heee
Secucuk sate tulang ialah RM 1. Bagi aku memang berbaloi lah sebab bila makan pun agak puas hati.
yummy! 








Macam makan sate biasa, nasi impit haruslah ada. 
Juga hirisan timun dan bawang.










Kuah kacang. Pelengkap hidangan. Ewahhh











Setelah makan, hasilnya ini. Takkan nak kunyah tulang pulak kan uols? hehe..
Kepada yang belum rasa ini sate, pergi beli dan makan ok? Jangan berada dalam kerugian. *tetiba





Oh lupa. Sate tulang ni ada dijual di Dataran Senawang sini. Dekat je so kita guna istilah sini bukan sana. :p
Selamat makan-makan!
:)






1 butterflies concerned.:

Mr. Asada said...

kecur air liorku.. hahahaha.. siyes nampak macam sangat sedap! uhh.. bila agaknya ada orang nak belanja saya makan satey..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com