Followers

Pages

Monday, June 20, 2011

pengalaman temuduga SPP



Assalamualaikum.








Aku posting pada bulan November 2010. Sebelum posting aku dah ditemuduga. Nervous jangan cakap lah masa tu. Alhamdulillah lulus dan berjaya dipostingkan. :)
Setelah itu, kena isi pula temuduga untuk SPP (suruhanjaya perkhidmatan pelajaran) untuk lantikan tetap. Sekarang i DC41 je uols. Dah lantikan tetap barulah bertukar menjadi DG41 dan gaji ialah up sedikit. heee :D



Di hari temuduga, aku berbaju kurung batik sebab hari khamis. Masuk library, cikgu-cikgu lain dah ada yang sampai awal. Semua tengah pulun tengok nota masing-masing. Beria macam nak telan semua nota-nota tu. Aku kalau dah saat genting macam tu memang tak la aku nak baca. Sebaris ayat pun belum tentu masuk dalam kepala otak aku ni. hehe...So aku just duduk-duduk tengok sekeliling je. :p



Aku ditemuduga secara berkumpulan. Empat orang satu kumpulan. So mula-mula masuk tu haruslah ketuk pintu dulu kan. Dan bagi salam. Dah duduk tu, encik penemuduga pun suruh kami memperkenalkan diri masing-masing. Dia taknak banyak. Just nama, belajar kat mana dulu, sekarang kerja kat sekolah mana dan ajar subjek apa. Dah habes keempat-empat perkenalkan diri, rupanya lagi tiga orang tu ialah guru pendidikan khas. Diorang mengajar pelajar yang pekak, yang lambat sikit perkembangan otaknya padahal dah besar, begitu lah. Yang aku ni je seorang diri mengajar pelajar normal.



Lepastu, dia suruh kami ni mengajar kat depan. Haruslah membayangkan situasi yang betul-betul ketika di dalam bilik darjah. Aku ligat lah berfikir masa tu apa aku nak ajar. hahaha kantoi di situ aku tak berapa nak ready. :p
Giliran aku ialah yang kedua. Cikgu yang pertama tu ajar punyalah senang uols. Hadoiyai. Macam mengajar budak tadika. Belajar nombor. 1, 2, 3 semua tu. Halamak pehal senang sangat mengajar pendidikan khas ni? hehe..



Bila turn aku, aku pilih untuk ajar lukisan teknik. Marker pen, whiteboard  semua takde uols. Kena berlakon pura-pura ada je.Aku pun berlakon tunjuk alat untuk melukis. T square set square segala mak nenek tu. Sekejap je dia suruh ajar sebab nak dengar suara. Pastu yang lain pula datang depan mengajar. Rupa-rupanya yang lagi dua orang tu pun mengajar benda senang je. hampeh.
Ada sorang tu ajar murid-murid pekak. Dia pilih tajuk badan manusia. Siap nyanyi-nyanyi lagi ini mata ini mulut ini hidung semua tu. Yang kitorang ni layan jela nyanyi sama. Aku nak tergelak pun ada. hehehe.. Juga rasa cemburu sebab diorang mengajar terlalu senang. Ajar abc, 123, muka manusia lah apa...macam tadika kan? Serius aku jeles ok! huhuhu...



Lepastu encik penemuduga ada tanya pasal isu semasa sikit. NKRA lah, PIPP lah. Apa yang kamu faham, contoh yang dapat kamu kaitkan dengan pembelajaran lah. Nasib baik dia tak tanya pasal teori pembelajaran ke taksonomi bloom ke apa semua tu. Kalau dia tanya, mahu aku pura-pura pengsan kat situ. ekekeke...




Habes temuduga, aku pun pulang dengan hati yang tak berapa nak lega. Aku tak yakin yang aku mengajar dengan baik tadi. Encik penemuduga tu pandang aku berkerut-kerut kening dia masa aku mengajar. Hahaha...



Aku cuak je saban hari tau. *poyo! :p
Macam tak lulus je aku rasa. Setiap hari aku check status aku kat internet. Setiap hari pun status aku ialah dalam proses. Phew debor!
Dan tadi penantian dan debaranku berakhir sudah...




Lulus juga akhirnya...
Alhamdulillah :)










Kepada cikgu-cikgu yang bakal ditemuduga, semoga berjaya ye.
Jangan risau sangat. Yang penting yakin je. :)
(eleh kau dah lepas beria lah kau nasihatkan orang kann..heeee :p)





Oh kepada Kss juga...Good Luck, Love. :)





Bye.





10 butterflies concerned.:

Cikbintang said...

wahh tahniah sis!!!!
bestnye

Nabiel said...

taniah yana!!
buleh open table pasnie..hehehe

Unknown said...

kamu lupe ek nak close ic yg kat bhgn rujukan tu.. hee~

Unknown said...

wah, bakal cikgu ker ni.
saya suka cikgu dan sangat respek dengan profesyen cikgu ni. gelab dunia tanpa pendidik seperti cikgu, kerana cikgu adalah penyuluh anak bangsa. -sekian

Unknown said...

tahniah sayang......=)

hnahdy said...

huhu hana spp tak lama lagi. bakal cikgu pend khas masalah pembelajaran..

mengajar mmg senang cuma nak mendidik budak agak susah, diorang special :)

hnahdy said...

Bleh hana ambik sedikit maklumat pasal tenuduga ni? nanti hana linkkan kat page yana :)

DzuLagiL said...

wow... perkongsian pengalama yg baik...

zara said...

salam.. sy nk tanya, camne nk minta jd guru ganti? sy nk minta kt seremban. harap leh bantu. ni emel sy zara887@gmail.com. smoga allah murahkan rezaki awak.

zara said...

salam.. saya nk tanya camne nk pohon guru ganti kat seremban? sy search PPD seremban tapi jumpe blog awak. harap awk dapat mmbantu.. semoga Allah membala jasa baik awk..
jazakillah ;))

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com