Followers

Pages

Sunday, May 1, 2011

Perkahwinan Diraja Putera William - Kate Middleton






Putera William & Kate Middleton.


Ehem. Memandangkan sekarang semua pun tengah heboh bercerita tentang perkahwinan bakal raja ni maka aku pun nak heboh jugak lah moga-moga siapa yang search tentang perkahwinan ini akan tersesat masuk ke sini. Hihihi..






Info daripada Kosmo :

@ Sebanyak 160 ekor kuda digunakan dalam perbarisan tentera dan mengiringi pasangan ini.

@ Sebanyak 35 ekor anjing pengesan digunakan untuk mengesan objek berkaitan bom.

@ Enam bekas kekasih Putera William dijemput menyaksikan upacara perkahwinan itu. ( HAHAHA..:p)

@ Lebih 2 billion orang menyaksikan perkahwinan itu secara langsung di seluruh dunia.





@ Gaun satin Kate berwarna putih mempunyai leretan sepanjang 2.7 meter.

@ Tiara yang tersemat di kepala Kate dipinjam daripada Ratu Elizabeth.

@ Anting-anting berbentuk daun oak merupakan hadiah daripada bapanya.


@ Kek perkahwinan mereka ialah setinggi lapan tingkat dan disiapkan selama lima minggu.







@ Dalam satu acara tradisi di anjung istana, orang ramai bersorak dan bertepuk tangan sebaik sahaja pengantin diraja itu berkucupan sebelum diikuti sorakan 'cium sekali lagi'. William dan Kate sentiasa tersenyum dan melambai-lambai tangan.






Semasa melambaikan tangan, mereka memandang antara satu sama lain, dan ketika persembahan koir sekali lagi mereka memandang serentak antara satu sama lain dan tersenyum bahagia.


Pakar bahasa badan berkata, bahasa badan William dan Kate berbeza sama sekali dengan Charles dan Diana 30 tahun lalu.Gerak geri William dan Kate menandakan perkahwinan mereka akan bahagia dan berkekalan.


Pada tahun 1981, terdapat banyak petunjuk perkahwinan Charles dan Diana bakal melalui hari yang suram. Charles kelihatan gelisah, hanya sedikit perhatian diberikan kepada Diana dan semasa upacara itu, Charles mengelap matanya bukan sekali tetapi dua kali, petanda kesedihan dan kekecewaan akan berlaku.







Cincin peninggalan Puteri Diana tersarung di jari manis Kate semasa hari perkahwinannya.



Sekian sahaja info menarik untuk dikongsi bersama.



Secocok sungguh pasangan ini. I jeles ok! huhuhu... ;p



Bye.


2 butterflies concerned.:

nn said...

suka tengok cara diorang pandang at each other. prince william sentiasa tersenyum. auww. so sweet an?

contrast dengan parents william. lagipun it was an arranged marriage kan. charles already in a relationship with camilla.

unlike will yang berkahwin dengan pilihan sendiri. hope diorang punya marriage bebas scandal. hehe

yana lyana said...

nn ;


betul tu. diorang memang sweet. mmg jelas gila diorang serasi kan?

tu lah..perkahwinan dengan pilihan sendiri mmg berbeza dengan perkahwinan yang diatur utk kita.


semoga mereka berbahagia. hehe

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com