Followers

Pages

Wednesday, May 18, 2011

part 2 ~ trip to ulu bendul




Go to Part 1.



Dah puas bermandi-manda sampai menggigil-gigil, kitorang pun terus tukar baju. Tukar baju dalam khemah je uols. Tunggang langgang jugalah aku dengan adik dalam khemah tu kan. Yela khemah kecik je, situ lah nak bukak baju basah, situ lah nak lap badan, situ lah nak pakai baju, situ lah nak perah baju. Kannn. hehehe...


 





Apa yang best, bila dah siap tukar baju semua, badan rasa fresh je. Sejuk!




 





Masa tengah sebok-sebok nak kemas-kemas barang, tiba-tiba datang encik-encik ni. Diorang nak promote supaya datang kat booth diorang pukul 2 nanti sebab ada pertunjukan ular. Diorang cakap macam-macam ada. Boleh juga bergambar dengan ular secara percuma. Tiba-tiba aku yang excited terlebih tau. Nak pergi nak pergi! hahaha....



 








Jam baru menunjukkan pukul 1 lebih. So perlu menghabiskan masa dulu sebelum sampai pukul 2. Kitorang jalan-jalan je dulu tengok orang mandi-manda. Dah takde kerja sangat kan. hehe.. Khemah tak siap kemas lagi sebab ibunda belum tukar baju.





 






Orang makin ramai. Masa ni sebenarnya dah hujan renyai-renyai tapi semua orang buat tak tahu je. Masih juga mandi. Uols tahu pasal kes budak mati lemas kat Ulu Bendul ni haritu? Aku pergi hari sabtu, dan budak mati lemas tu hari Ahad. Subhanallah.
Dah la bila tengok gambar, tempat budak lemas tu ialah port yang kitorang mandi. Memang agak dalam sebab dia dikelilingi batu-batu pastu air pun deras je. Ish seram je bila fikirkan balik. Lain kali sila beringat ye. Kalau mandi tempat-tempat macam ni, hujan je haruslah cepat-cepat balik ok. Jangan makin galak pulak macam aku dan adik-adik haritu. Sebabnya, kita memang rasa seronok berendam sambil hujan renyai-renyai kat bawah tetapi di bahagian atas sana kita tak tahu keadaannya kan. Agaknya air dah laju gila ke apa. Berhati-hati lah ye. Alhamdulillah tak terjadi yang bukan-bukan kepada keluarga aku.





 






Jalan-jalan dulu beli bebola. :p




 



 



 





Balik je port kitorang tadi, ibunda dah siap tukar baju. Kitorang pun tolong kemas-kemas semua. Lipat khemah, lipat tikar, tapi tak kemas makanan. Makanan biar je kat port kawan-kawan mak sebab diorang belum mahu pulang lagi. Mak dan abah stay dengan diorang dulu layan ikan bakar. Aku dan adik-adik je yang pergi tengok pertunjukan ular tu.





 









Inilah tempat pertunjukan ular tu. Orang tak berapa ramai mungkin sebab awal lagi masa tu. Tepat-tepat pukul 2 kot. hehehehe memang la kan..:p





 







Orang tak ramai, boleh sangat nak bergambar dengan ular. Adik takut sebenarnya tu. hehehe...
Ular sawa albino ni berat ohh. Bila pegang rasa macam kesat-kesat gitu.




 







Aummmm. Uols ada?
kekeke..:p






 





Pasrah je muka ular ni. heee






 







Diorang terpaksa buat kat booth macam ni padahal ada taman ular kat situ sebab tak berapa ramai pengunjung. Semua yang datang Ulu Bendul ni nak mandi je bukan nak tengok ular. kann? hehe...





 

 





Masa kitorang nak blah dari situ, diorang keluarkan pula ular sawa batik ni. Besar kot. Ha yang ni aku geli sikit nak pegang sebab corak dia tu macam hidup je. Takut lah! hehehe. Kita berani tengok dari jauh je. Budak kecik tu pulak berani semacam. Dan besar nanti mesti jadi raja ular kan. :p






 


 
 
 
Pastu kitorang sekeluarga pun balik.
Bye bye batu besar di Ulu Bendul. Jangan makan orang yee.
 
*___*
 
 
 
 
 
 
 
 
Bye bye uols. Jangan berhenti baca blog i yee.
hehe :)
 
 
 
 

3 butterflies concerned.:

Hanis MY said...

wahh beraninya pgg ular huhu...tabik la...

Mr. Asada said...

dahsyat.. agak berani kamu ni. seumur hidup baru sekali bergambar dengan ular atas bahu. pastu tak nak dah. geli geliman..

Anonymous said...

gile ah. takot aku :D beraninye ko!

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com