Followers

Pages

Tuesday, December 14, 2010

cikgu sombong!



Assalamualaikum.
Kecanggihan teknologi sekarang menyebabkan budak-budak sekolah rendah juga memiliki akaun facebook sendiri. Ini tidak terkecuali dengan anak-anak murid aku dulu. Semuanya baru darjah 2 dan darjah 3. Jadi apabila mereka add aku di facebook, maka rasa serba salah ada juga nak approve ke tak sebab kalau boleh segala keperibadian diri sebolehnya-bolehnya mahu jadi yang terbaik di mata mereka. Oleh itu, mereka-mereka ini telah dimasukkan dalam list tertentu supaya benda-benda tertentu tentang peribadi aku mereka takkan tahu.

Kalau anak murid sekolah menengah takpe lagi sebab yang pernah aku ajar pun, budak-budaknya asal dari bandar (Kuantan) maka fikiran diorang lebih terbuka tambahan pula diorang dah tingkatan 4.
Kira dah besar la tu kan.

Aku jadi malas sangat nak online chat kat facebook tu sebab anak-anak murid kecil ni ramah sangat nak menegur.



Hai cikgu liyana
Hai
Cikgu tengah buat ape tu cikgu?
Tak buat ape-ape..tengah on9 aje..
on9 tu ape cikgu?


Ha part ni aku dah malas nak balas dah. hehehe :p


Assalamualaikum cikgu
W'salam
Cikgu sihat?
Sihat alhamdulillah..kamu?
Saya pun sihat..cikgu bila nak datang sini?
Cikgu sibuk..cikgu banyak kerja...
Cikgu dah tak ingat kat kitorang ke?
Mestilah ingat..takkan la cikgu lupa..
Kalau cikgu ingat cikgu datang lah sini


Hadoyai. Sampai situ je aku sanggup layan pastu terus offline..hehehe :p Eh tak cukup lagii...


Cikgu!
Ye saya..
Cikgu haritu saya dapat nombor 18
Yeke? matematik A tak?
Tak tapi dah meningkat sikit
Kena rajin belajar tau
Dah rajin dah
Tengah buat apa tu?
Main facebook
Sifir dah hafal?
Dah sangat
7x8 berapa?
lama ok dia nak balas..cari buku tulis agaknya nak tiru sifir belakang buku
100 cikgu...hehe
Buku tulis awak mana?
Dah hilang
Amboi mentang-mentang cuti sekolah, buku pun hilang ye
hehehehe


Betapa lurusnya mengaku pergi cari buku untuk tiru sifir..ggrrrr
Aku pun sambil-sambil je tu. Bagi nasihat-nasihat ringan sikit..hehe


Cikgu liyana
Iye...
Cikgu dah makan?
Dah..kamu dah makan?
Belum..cikgu temanlah saya makan
Mana boleh..cikgu jauh ni..
Ala cikgu ni sombong la
Aku tak balas.
No telefon cikgu berapa?
Aku dah rasa pelik sebab budak ni tau nombor fon aku.
Awak ni siapa?
Ayah xxx (anak murid aku)
Kenapa online guna akaun anak pakcik?
Saja-saja..ayahnya pun nak main facebook juga..hehehe


Halamakk. Sekian terima kasih.


Hai
Hai
Cikgu tengah buat apa tu?
Tak buat apa-apa
Cikgu semua murid 3 MAJU kirim salam dekat cikgu
Waalaikumussalam
Kitorang semua rindu kat cikgu
Terima kasih..cikgu pun rindu semua anak murid cikgu
Cikgu haritu matematik saya dapat A
Yeke? tahniah..
Cikgu taknak bagi hadiah ke?
Taknak la..hehehe
Cikgu sombong!!!!
Erk.


Begitulah sedikit sebanyak perangai mereka. Aku kadang-kadang pun terpaksa menyombongkan diri padahal tiada langsung niat di hati. Tu belum cerita yang call lagi tu. Lagi dahsyat. hee
Tapi mengajar budak-budak sekolah rendah cabaran sangat besar. Dengan nakalnya, dengan cembengnya, ada pulak yang nak kencing tapi takut nak bagitau nak pergi toilet lalu terkencing di dalam kelas, dengan ringan tulangnya memvolunteerkan diri untuk pergi ambil kapur tulis di pejabat padahal nak jalan-jalan cari pasal. Macam-macam lah.

Mengajar sekolah menengah lain pulak ragamnya. Sebab diorang dah besar maka jadi pantang sikit lah kalau ditegur. Tapi best! hehehe.
Dah tak lama lagi dah nak mula persekolahan. yeayy ! :)




Dan saya merindui zaman praktikal~



63 butterflies concerned.:

cikpuanhady said...

hehehe..so cute yang pasal tny sifir tu..

Jom skodeng :Maila Vote Zahra..^_*

Cik Yaya said...

waa cigu ke? samalah insyaallah teacher to be

Unknown said...

wahh :D
hehe
cikgu saya nak no fon cikgu boleh hehehe :P

emm gatal noh ayah anak murid tu heee
mengambil kesmpatan..
hehe sweetnya..
tapi kena sombong tu la x tahan hehe :D

NA. said...

Wah, meriahnya!=)
canggih tu, darjah 2 dan 3 dah ada facebook =)

mie said...

uiihh!!
cikgu kena mengorat dengan ayah anak murid..
heheee

H A N S said...

hahaha..kelakar btul anak2 murid liyana :)

nur hidayah said...

huhuhu klakanya...sabar je la jadik cikgu ni

AM said...

hehe. kelakarlah entri nie. arol pun selalu volunteer nak pergi pejabat/bilik guru, sambil tue boleh cuci mata. :D

*tahun depan tak dapat pergi sekolah lagi. :'(

Syahida Baharuddin said...

alalala..comel nyer anak murid cikgu..
manje ngn cikgu liyana..hehe

Fairuz Zainal said...

huhuu..dah malas layan, offline je kan. kui3 :P

Enh Ear said...

hihih... best kan mengajar budak2 sekolah rendah..
sangat beza dengan budak sekolah menngah..
kdg2 diorg lagi up to date dari cikgu..
pening2

Faten Rosli said...

ai cikgu,,
cikgu buat apa 2?...hehe..;p

so cute la en3 ni.. mcm kerenah ada..huhu.. ^_^

Unknown said...

haha..ayah pun nak join jugak.. ..hahah ada2 je.. :)

Fay said...

majunye budak2 zaman sekarang. dulu masa sekolah rendah cuma tau main masak-masak je. komputer pun x kenal. -_-

Mohd Sukur Ibrahim said...

cikgu..nak sign..hehe

Unknown said...

waa... cikgu yang cute

Anonymous said...

cikgu tak sombong pon..cikgu comey je..=P hehehe

syeezack :) said...

cikgu, saya pun anak murid cikgu :) HEHE.

ekin mahmud said...

kelakar betul lah x-ank2 mrid cikgu ni..hehehe..
tp xtahan bapak budak lak yng duk chat dgn cikgu..huhuhu

Cik Bambam said...

cikgu yana rupanya..heee~
cik bambam jenjalan baca entry jap.. :P

anis hamzah said...

cikgu ni cute lah :)

tasekM said...

hi cekgu...

:)


.

yana lyana said...

haszuraidah ishak :

hehehe...budak-budak memang kiuttt.
hee

yana lyana said...

cik yaya ;

yeah samee..meh sep sikittt.
:)

yana lyana said...

fatin hanani ;

cikgu takde henfon lah cikgu miskin. :p

ayah dia memang gatai nasib baik tak kena maki hamun ngan kite..hehehe

yana lyana said...

cicakgirl ;

diorang memang maju..budak tadika pun pandai berfacebook tau..hihi

yana lyana said...

mie ;

hahaha nasib baik ayah anak murid tak lebih-lebih kalau tak kite jadi rimau..ggrrr

yana lyana said...

hans ;

kannn? hehehe

yana lyana said...

nur hidayah ;

memang sabar..nak2 pulak dengan budak sekolah rendah..hee

yana lyana said...

arol dshw ;

Hamboii sebok nak cuci mata jugak yee.hee
kalau rindu nanti pergi je lah sekolah jumpa cikgu-cikgu lama. :)

yana lyana said...

adihays ;

hehe budak-budak memang comel kan? :)

yana lyana said...

fairuzhani ;

offline teruss. pura-pura sibuk..hehe

yana lyana said...

enhear ;

sekolah rendah perangai diorang kiut sikit, sekolah menengah dah tak berapa kiut..hehe

yana lyana said...

misz fatin ;

thank you. inilah kerenah budak kecik..:)

yana lyana said...

shaheila malek ;

ayahnya gatai!
hehehe :p

yana lyana said...

fay ;

Tu lah kan..zaman akan datang tak tau la ape jadi..setiap sorang bawak laptop gi skolah agaknya kan..

yana lyana said...

mohd sukur ibrahim ;

mane? mane?
nak sign kat mane?
hee :p

yana lyana said...

micky eyqa ;

hehehe malu lah. :p
thanks. :)

yana lyana said...

impish yatie ;

hehehe terima kasih. :p

yana lyana said...

syaleeza ;

ohh awak? ye ye cikgu ingat. :p

yana lyana said...

ekin mahmud ;

klaka kan?hehe
ayah budak tu memang tau..rasa nak sekeh je dia laju-laju tapi tak sampai hati..hehe

yana lyana said...

bambam ;

silalah sila cik bambam.
laen kali singgah jalan-jalan lagi yer. :)

yana lyana said...

anishamzah ;

ala malu lah macam ni.
jom kfc sekarang!
hee :p

yana lyana said...

tasekM ;

haiiii. :)

nodin said...

coretan yg menarik

Liyanadiba said...

hai,cikgu liyana :)
comel je bleh ngaja budak2....
alangkah baiknya saya dpt jadi cmne jugak -.-"
opps,syukur2..hehehe

yanamib said...

hye cikgu...

template cikgu sejibik cam template lama sy..auww..=P

el said...

mcm2 peel murid2..
kdg2 x larat nk layan eh hehehe

Cik Yaya said...

kamu diterima sbg geng blog pink!! hehe

Cik Chuie said...

hye nak sep jugak! cikgu jugak!!! hahaha hai kembali geng blog pink.lalalala

cik.shabah said...

hadoyai!bapak budak skali nak chat tu.har har har ;p

Siti Safiyyah said...

pergh takleh blaa skali part yg ayah budak chat tu..hehe, gatai noo :P

yana lyana said...

freeman :

thanks! :)

yana lyana said...

liyanadadiba :

hai..hehe
kena bersyukur dengan apa yg kita ada kan? :)

yana lyana said...

yanaMIB :

yeke..hamboi nama pun sama, template pun sama??hehee :)

yana lyana said...

el ;

tak larat nak layan tapi tu lah yang terindah. :)

yana lyana said...

cik yaya :

yeayyyy!
thanks cik yaya :)

yana lyana said...

cik chuie :

ok geng..no hal lah geng..meh sep lagi.

kekekeke :p

yana lyana said...

cik shabah ;

gataii kan?cik shabah jgn camtu taw?
hikhik :P

yana lyana said...

siti safiyyah :

hehehe..bapak budak tu boring agaknya tu..huhu

cik mas said...

budak2 sekarang...bukan setakat FB je...blog pon dah ade...terkejut jugak buat bw ari2...budaj darjah 3 ade blog...dasyat juga kan..smoga jadi guru yg cemerlang... :)

Cikgu Siti said...

cekgu ek?
same wif me.future cekgu too ~

yana lyana said...

cik mas & elleyayah ;

thanks both of u.:)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com