Followers

Pages

Wednesday, February 24, 2010

Terima Kasih ALEX!

Khamis minggu lepas.

Aku sampai rumah sewa dengan penat yang sangat macamlah aku yang drive kan hahaha.
Tapi serius, memang penat.
Dengan perasaan yang masih hot pasal bus kesatuan ngokngek lembap tu lagi.
So, malam tu memang nawaitu nak tido awal la sebab esoknye aku ada kelas pagi.
Dalam kul 11 macam tu, Tiba-tiba aku dapat sms dari lecturer aku memberitahu bahawa dia nak datang observe aku esok.

Haaaaa?

Rasa nak tertanggal jantung paru-paru juga limpa aku semua.
Kelas aku mengajar esok pukul 7.30 pagi sampai 10.40 pagi.
Aku bukan risau nak mengajar. Sebab bahan aku nak mengajar esok tu memang dah lama siap.
Yang aku risaukan sangat tu, Buku persediaan mengajar aku tertinggal kat bengkel!
Bukan tertinggal sebenarnya tapi memang sengaja tinggalkan hahahaha.
Itulah balasannya. (gaya nabil)

So, aku memang berdebar gila malam tu sebab sebelum masuk mengajar memang kena tulis dalam buku tu apa aktiviti la, apa nak ajar la, semua kejadah tu la.
Tapi aku tak tulis langsung.
Satu perkataan pun takde.
Macam mana tu?

Syarat-syarat gagal latihan mengajar :
1) …..bla……bla……
2) …..bla……bla…..
3) Tidak menulis rekod pada buku persediaan mengajar.

Haaaa yang ketiga tu weh sila baca yang ketiga tuuuuuu. Adoiyaiiiii la.

Memang tak tenang aku malam tu.
So, aku hanya mampu berdoa aku sempat tulis buku tu sebelum masuk mengajar esok.

Esoknya,
aku pergi sekolah sangat awal dari biasa.
Langit pun gelap lagi. 7.10 camtu dah sampai bengkel.
Sejuk.
Tangan aku jangan cakap la lagi la sejuk.
Dengan pantasnya, aku pun tulis dalam buku rekod tu.
Tulis, tulis dan tulis lagi….sampai cramp tangan aku sebab tulis laju sangat + bengkel tu sejuk weh.
Akhirnya sempat…Alhamdulillah.

Aku pun mengajar dengan yakinnya macam biasa.
Tengah mengajar, tiba-tiba sorang student aku buat hal.
Alex namanya. (nama sebenar dirahsiakan, kasi nama omputih baru grand sikit nama student aku)

Alex ni ok sebenarnya, selalu bagi respon kalau aku tanya,aktif dan takde pun nak tido-tido dalam kelas aku.

Tapi.

Tah mana silapnya, tiba-tiba hari tu dia mengada-ngada.
Aku tukar tempat duduk dia sebab dia berborak dan main-main tak bagi perhatian masa aku tengah membebel kat depan.
Lepas aku tukar sit dia terus dia senyap, muka plak memang masam gila lah.

Lalu, aku pun bertanya.

“Alex, awak faham tak apa yang saya ajar? Cuba awak ulang proses yang saya cakap tadi. “

Alex bangun.

Senyap.

Lama.

Senyap lagi.

Dia tak pernah macam tu selalunya dia pasti bagi respon even salah sekalipun.

“ Alex, saya tanya awak ni.”, tanyaku lagi.

 “ye”, Alex menjawab malas juga langsung tak pandang aku.

Memang la budak ni marah ngan aku.

“Awak marah saya ke Alex? Pandang saya”, aku tak tau kenapa aku tak nak kalah padahal lecturer aku ada kat belakang.

Dia senyap lagi.

“Takpe lah Alex. Awak boleh duduk….Kelas, saya menegur awak semua bukan saya suka-suka. Saya tegur untuk kebaikan awak jugak. Awak semua student saya,saya ada tanggungjawab untuk mendidik dan marah mana yang patut. Awak sebagai student sepatutnya tau fikir tanggungjawab awak terhadap saya yang tengah mengajar kat depan…bla…blaaa”

Tah ape aku membebel sampai kelas tu jadi senyap sunyi sepi.
Pembelajaran diteruskan sampai 10.40 pagi.

Korang nak tau apa hasilnya?

Haaa lecturer aku tu kata aku pandai menerapkan nilai-nilai murni hahahahhaa.

Amende yang aku buat tah sampai dia kata camtu.

Lalu….

Seorang guru berjumpa dengan pelajarnya bernama Alex untuk mengucapkan terima kasih. Hahahaha.


Hujung minggu kami ke Cherating melepaskan tension. Tension la sangat kan hahaha. :p


* bagus jugak budak tu buat perangai camtu, markah pencerapan aku tak pasal-pasal jadi boleh blah. Heeeee. :P


4 butterflies concerned.:

nazrinzaidi said...

aiceceh.

nilai murni pulak.

faeznaem said...

uuuuu.. dh ramai follower.. huhu..

BuDakHutaN said...

cekgu baiek tu... ~_^

paraxixth said...

susah la kalau asyik bebel saja

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com