Followers

Pages

Wednesday, November 4, 2009

cantik yang sakit


Online je main facebook, update blog......tak study ke??

Aku rase ade je yang berpandangan macam ni. kan? kan?
Pastu dia study kuat sampai tak bukak langsung facebook and main-main kat internet neh sebab dah lame takde update terbaru di ruangan sosial itu padahal tau yang kite ni berkomen-komen kat facebook.
kantoi di situ mereka juge main internet.
hahaha pedulik hape. ade aku kesah? :p

Okay sekian sahaja untuk set induksi a.k.a intro. 


Harini aku nak share sikit pasal kecantikan sebab im on my way to see my bff bertunang. 
OMG MAHU BERTUNANG SUDAH KAU??
hahaha..tibe-tibe nak cakap pasal kecantikan macam lah kau jadi mak andam nye yana!
hehehe. no lah ibunda macam tak bagi je plus aku memang tak reti nak mekap-mekap orang. Kang macam maknyah pulak minah tu jadinye..kehkehkeh


Alah kalau dah memang cantik takyah mekap sangat pon kau memang cantik. Natural beauty gituw. heee
Tapi perempuan memang mahu cantik. Nak nampak lawa, menarik, cun, berseri, slim, dah semua definisi cantik lah. 


Beauty is Pain.


* Semua orang nak kurus sebab kurus itu cantik dan sihat. Sanggup tahan lapar and diet semaksima yang mungkin untuk menghadkan kemasukan lemak dalam badan. 


* Senaman dan bersukan. Aku suka! tapi tak semua suka. Untuk yang nak cantik pasti sanggup bersenam saban hari untuk membakar lemak-lemak terlebih.


* Produk-produk di pasaran pasti menjadi tumpuan. Jamu lah tablet lah teh orang kampung lah bagai. Yang dah selim pun beli jugak sebab nak kasi maintain youu. hahaa. Duit pasti lah gune kann.


* Petua nenek moyang yang dari zaman dulu-dulu lagi masih digunapakai. Disiplin sungguh tu tak minum ais la, tak makan pedas la, tak makan masam-masam la. Hadoiii berat tuh.


* Yang kurang cerah pulak masih mencari-cari krim pemutihan wajah yang ideal. Selagi tak putih mesti tak jemu-jemu tempek krim tu hari-hari. Nak putih punye pasal. Haha. Tapi tak semestinya tak putih tak cantik kan. :)


* Bab wajah pulak, yang rajin mencantas bulu kening pun ramai. Selain BERDOSA ia juga kelihatan tak la cantik mana. For me lah kan, nak cukur-cukur kening wat mende? Tapi sukati diorang la kan. Hak dan citarasa masing-masing.


* Tak cukup lagi, pemakaian korset juga sangat fofular. Korset untuk membentuk dan meramping.Tapi nak pakai korset tu agak mencabar sampai rasa nak menangis and berpeluh-peluh masa pakai korset tu. hahaha. Nak cantik kann.


* Untuk fesyen pulak. Bagi yang freehair, mula lah ubah style mengikut bulan. Bulan ini rebonding, next month perm, next two month rambut palsu. Bagi yang bertudung pulak, tudung bawal la, tudung ekin la, tudung dato' siti la, selendang la, macam-macam lah. Tapi i prefer tudung bawal saje :p



* Contact lens pun dah bersepah orang pakai sekarang ni. Selain malas nak bawak spek ke hulu ke hilir, pemakaian contact lens juge nampak cantik! Boleh pilih warna ikut suka. Nanti aku nak pakai lah memandangkan aku tak suka pakai spek rase terbeban je kat muka neh. hehehe



Haa kan betul beauty is pain? juge beauty is money, beauty is waste. :p
Betapa pentingnya kecantikan sebab tu artis-artis ramai yang wat pembedahan plastik. 
Lelaki juge tak terkecuali okay? (Sila refer kepada MJ)
Entri ini diharap dapat membantu para lelaki memahami awek mereka.
kekeke :p
Sekian.


* Bermain internet bukan maksudnya 28 jam mengadap laptop dan tiada study. bye.





3 butterflies concerned.:

Mr. Chenna said...

kalau tadak awek mcm ak...???

yana lyana said...

demi ko mr chenna,
boleh ditukar kepada bakal awek.

tq.

Mr. Chenna said...

pulak...
takan sampai mcm istimewanya ak...hahaha

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com