Followers

Pages

Thursday, November 12, 2009

belilah tilam vono


Malam-malam sejuk cenggini aku rase cam nak cerita seram sikit la. haaa aku tak tau bagi korang seram ke tak tapi bagi aku yang penakut ni seram gak la. hahaha...
Ni cerita my encik.


Beberapa bulan yang lepas...

Ibunda kepada my encik ni dah membebel-bebel suruh dia pergi buang tilam lame sebab diorang dah beli tilam baru. Ade la dalam 3 tilam. Tapi my encik ni cakap nanti la tunggu malam sikit, siang-siang orang nampak segan la. (segan sebab tilam dah buruk sangat kot..hehehe)


Lepastu, disebabkan my encik ni kalau kat Seremban, malam-malam keja dia memang keluar jela ngan kengkawan sampai lah 2 3 4 pagi. So, malam tu dia balik dah pukul 3 camtu la tapi terpaksa jugak pegi buang tilam-tilam lame tu.


Tempat nak buang memang dah shoot dah kat tong sampah besar kaler hijau tu kat area Stadium Paroi. (dekat je ngan rumah my encik). Pastu my encik pun angkut la tilam-tilam tu sumbat dalam kereta.


Sampai je kat area yang nak dibuang tu, tiba-tiba tong sampah hijau besar tu takde. Selalunye ade. Okay my encik cool saje takpe-takpe carik dulu...


Drive punye drive..my encik pun nampak la tong sampah hijau tu tapi kat tepi KAWASAN PERKUBURAN.  Apakah? heheh tapi my encik cool lagi takpe-takpe maybe ade orang alih sebab kawasan kat Stadium Paroi tu tempat bazar ramadhan. 


Pastu dah parking elok je kat tepi tong sampah besar tu yang juga di tepi kawasan kubur tu, my encik pun angkat satu tilam masuk dalam tong sampah. (tilam agak berat so agak lama masa pengangkutan itu ye anak-anak). Pastu, bila masuk tilam kedua, my encik tiba-tiba rasa seram sejuk. Tak keruan je macam ada yang tak kena. Pastu berani pulak dia pandang kawasan kubur tu kot-kot 'ada' yang tengah memandang dia..huhu..tapi takde..Pastu tengok pulak kat pagar tepi kubur kot-kot 'ada' yang tengah bertenggek memandang dia..huhu tapi takde jugak..fuhhh suspen.


My encik cool lagi masih gagah angkat tilam kedua dan terakhir dengan sepenuh daya. Berat la katekan tah tilam hape agaknye. huhuhu.


Dah setel semua, my encik pun beredar. Perjalanan pulang ke rumah my encik ialah melalui satu rumah besar yang kosong. Orang-orang kat situ panggil rumah tu rumah putih. Rumah putih tu besar and dah lama takde orang tinggal. Seram wehh.


Perasaan seram sejuk my encik tak abis lagi sejak dari mengangkat tilam kedua tadi. Then bila lalu depan rumah putih tu, tiba-tiba my encik dengar satu suara lelaki berkata "BERHENTI!!".


My encik pun berhenti. ishh berani pulak dia berhenti. Bila aku tanye kenapa u berenti? My encik kata, mane i tau dah orang suruh berenti i berenti la. Cehh boleh pulak. heeeee~
Lama gak dia berhenti kat tepi rumah putih tu. Dalam 2 minit camtula pastu my encik pun jalan. Dan rasa seram sejuk tu terus hilang. 

Haaaa ish ish ish.....



Itu tandanya apa ye kawan-kawan?


Aku rasa 'benda' tu tumpang kereta my encik dari kubur sampai rumah putih tu la. Kalau fikir logik, hantu kan boleh terbang kenapa nak tumpang-tumpang orang naik kereta pulak? amboii pemalas eh kau hantu. hahahaha...


Seram tak seram tak??


heeee.


Baru-baru ni...


Kan aku dah ade buah hati baru kan? (buah hati = anak kucing). Aku bela je anak kucing tu sebab macam best je dia lincah-lincah buat hilang tension time study week ni kan. Anak kucing tu tiba-tiba ada kat depan rumah sewa aku. Ade orang buang kot.


Lepastu, ade satu petang tu masa aku naek skuter nak gi makan, aku lalu la lorong tepi rumah aku tu. (memang selalu lalu situ pun). Tiba-tiba aku dengar bunyi kucing mengiau betul-betul dekat ngan telinga aku walaupun aku pakai helmet tebal. Mustahil la bunyi kucing kuat gila sampai terasa kat cuping telinga aku ni, lagi-lagi tengah bawak moto kan bukannye jalan kaki. 


Ish musykil sungguh.


Aku buat andaian mungkin tu suara ibu kucing yang aku bela tu nak ucapkan terima kasih sebab aku sudi jaga anak dia. Mungkin tu roh ibu kucing tu. Apakah?? hahaha merepek-repek je andaian.
Tapi seram memang seram. uhuhuhu...


Sekian sahaja cerita seram. Terima kasih kerana sudi baca. 
kekekeke :p



* Rasa nak taip tapi tak tau nak taip apa ini lah jadinya. heeeee.




11 butterflies concerned.:

Fathiha Zainal said...

Meremang gk bulu roma bile baca. Baca lak memalam gini. Haizzz~

~ain~ said...

hehehe.. menarik cite hantu ni yana.. :-) yang pasal tilam tu mmg menyeramkan.. bole plak hantu tu tumpang kete kan.. nasib la encik awk tu brenti.. kalo x, marah plak hantu tu, tah ape dia buat nnt...

yana lyana said...

fathiha : hehehe. takpe2 pengalaman harus dikongsi. :p

yana lyana said...

tu lah pasal kan ain..hehe
aku rase hantu tu cacat la sebab tu xlarat nak jalan sendiri.
Terpaksa lah tumpang kereta manusia.

hehehe.

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

pergh...seram...main tumpang-tumpang ni yang x berkenan nie...keh keh

nazrinzaidi said...

hantu tu tgh panas.

nak try air con keta da.

SUXX said...

hui seram jugak.

Aus MeLankoLik said...

yayaya....

da click !!

die x tido !!

yana lyana said...

CHAIREEL AZIZEE MOHAMED : u r not allowed here! tak malu ke kutuk2 aku pastu menempek hipokrit kat sini

Anonymous said...

hehe..lawak gile. seram tp klaka. Ko la pempuan sempoi y aku jmpe dalam menulis blog. sangat telus tp jujur dan menghiburkan. keep up ur work cekgu!!

Anonymous said...

I am really impressed together with your writing abilities
as neatly as with the format for your weblog. Is this a paid subject or did you modify it your self?
Anyway stay up the excellent quality writing, it's uncommon to peer a great blog like this one nowadays..

my site ... gto120dlaocm402mfos02.com

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com