Followers

Pages

Saturday, September 5, 2009

girls night out


Rasa bersalah konon-konon menyelubungi kerana keluar waktu malam di bulan Ramadhan. Ish memang tak biasa pun keluar malam-malam. kehkehkeh...tapi entah macam mane boleh terjebak juge. heheh..pandai nak salahkan orang lain kann..

Tadi aku and dua ketul lagi housemate pergi menukar tiket untuk pulang berhari raya nanti. tah ape masalah nye sampai kene tuka tarikh kepulangan aku pun tiada pasti. aku hanyalah mengikut arahan untuk mengikut supaya unsur-unsur penjimatan kos tuang minyak boleh berlaku. haha padahal sendiri yang nak ikot..!!!!~
ok fineeeeeee.

Selepas selesai urusan tiket meniket tersebut,kitorang pun pergi berbuka puasa. tempat dirahsiakan. selepas selesai menghadapNya kitorang pun kemudian berjalan-jalan lah tanpa hala tuju.heeeee.

Dan apabila dihasut oleh nafsu sendiri (syaitan tiada untuk menghasut) maka kitorang pun bersetuju untuk menghabiskan masa pada malam itu di panggung wayang. hahae~

Cerita vampire hensem yang dinanti belum keluar jadi kitorang pun sebulat suara memilih Final Destination untuk menjamu mata. ohh sungguh terketar-ketar lah hati dah perasaan apabila menonton cerita ini..hehe.betul weh tak tipu. sampai terpaksa mengeluarkan juga jeritan maknyah yang selama ini cukup tersimpan elok di sudut tekak..haha..bukan seram pun cuma sedikit ngeri dengan cara kematian yang dipertontonkan. even tiada berapa hebat seperti FD yang lepas-lepas tapi boleh lahh kan...

Final destination kali ni menarik dan agak menghiburkan..cuma pendapat awam mengatakan cerita ni untuk kali ini sedikit nampak tiada real..entah ler. aku tengok real je sampai menggigil kepala lutut sebab sejuk..hehehe..

Okay dah. kepada korang...support lah filem tempatan ye..aku and kawan-kawan dah banyak tengok filem tempatan sebab tu saje ubah selera tengok filem bukan tempatan..hohoho~~




itulah makhluk lagi 2 ketul tu..hihi.


selamat menonton kepada anda yang belum tonton....:)



MUTIARA MAHAL :

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

2 butterflies concerned.:

CAKERA KERAS said...

aku pn sudah menonon filem tu..
huhuhu
agak ngeri la yg mati kt bengkel kereta tu..

yana lyana said...

ye..betul tu..
kat esculator tu pun ngeri juge..
ewwwwww.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com