Followers

Pages

Thursday, August 13, 2009

pulang.

Seremban.....esok i datang jenguk u...u tunggu i ok.

Hurm dah menjelang hari akhir pada minggu ni.tapi aku masih kat campus.terima je la kan.nama pun student...lab lab lab...asik nak kene gi lab je.. terpaksa.terseksa.terpenat.terkotor.terpeluh and semua ter pun ada mase wat ujikaji kat lab bahan tu.baiklah demi sem akhirku di UTHM ni,aku korbankan jugak mase cuti aku selama 3 hari.3 hari je??itu pun nak berkira kan..heheh..sepatutnya aku dah pulang ke seremban kelmarin tapi disebabkan ada tugas yang masih belum selesai makanya terpaksalah kepulangan aku ditangguhkan.memang sangat pasrah..huu~

ujian kiub

bukan aku saje-saje nak mengeluh-ngeluh,membebel-bebel and macam tak ikhlas je buat ujikaji tu kan tapi memang sangat penat lambat leceh panas takde aircond dan sebagainya lah.adehhh tak larat wehh.tapi aku masih gagah jugak la buat ujian kiub tu.timbang-timbang simen,timbang-timbang agregat,timbang-timbang kertas ye projek i ialah masukkan kertas dalam konkrit ok. timbang-timbang air dan masukkan dalam mixer.then ujian-ujian pun dijalankan la.macam senang kan?macam je tapi leceh heh.sungguh macam buruh diserahkerahkan tenaga and dapat gaji RM 500 sebulan untuk sara hidup.ish ish.


lihatlah betapa comotnya si buruh *sigh


disebabkan virus H1N1 semakin menular jadi aku juga harus menjaga kesihatan dengan memakai mask tu sebab kat lab tu macam ramai je orang.makhluk-makhluk dari luar negara pun sebok nak wat ujian jugak kat lab tu.hadoiii jadi terpaksa melayan mereka kalau ada yang datang dekat....

dia : helo,are u PSM student?
aku : yeah... malasnya nak layan aku dah la bz neh.
dia : what is that? sambil tunjuk kertas-kertas aku.
aku : hurm..paper...dia macam nak tanye lagi.aku pun terus pergi untuk menimbang kertas yang seterusnya.

haha adakah kurang ajar?sori la encik luar negara.i bz u pun sebok nak menyebok kenapenye??ha kan dah mesti dia kata aku sombong.baiklah.i memang sombong ok.ko jangan sebok tegur lagi pasni. *nasihat kepada encik luar negara.
semalam aku dan rakan-rakan pergi kilang kuih sebab ade tugasan subjek pengurusan.kene pergi kilang untuk menjaga tepi kain pengurus kilang tu tentang hal ehwal kilangnya.kilang tu terletak di simpang renggam.boleh tahan tak berapa jauh la.tak jauh tak dekat.suam-suam kuku la..heheh sila panggg aku sekali
setibanya di sana kitorang pon pergilah menemuramah pengurus kilang tu.tanya tu tanya ni.nasib baik akak tu very sporting.muda remaja even dah 30an ok.selepas makan-makan kuih raya walaupun belum raya,kitorang pun melawat kilang tu tapi takla besar mana pun.tengok makcik-makcik buat kuih kat bilik khas.bau butter tak hilang hilang.sedap heh.then beli-beli sikit apa yang patut,ambil gamba kenangan and dapat cenderahati cenderahati = kerepek maka kami pun beredar dengan perut yang sangat lapar.bukan kenyang pon hoh makan biskut.semua pun bising sebab lapar.jadi kitorang pun singgah la untuk makan demi memenuhi permintaan ramai.heheh.

muka excited si madu tiga sebelum bertolak.heee~

Esok adalah hari kepulangan aku ke seremban.nampaknya mereka yang berada di rumah semakin tidak sabar dengan kepulangan aku.hehe...ye ye baiklah.saye nak balik la ni.

Seremban here i come.......


MUTIARA MAHAL :

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

2 butterflies concerned.:

CAKERA KERAS said...

balik elok2..
enjoy ur holiday

yana lyana said...

tenkiu. :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com