Followers

Pages

Wednesday, August 19, 2009

lembut vs kasar.





kasarkah jika aku sebegitu?


Baiklah.sekarang sila baca…..

Anda yang mengenali saya,kurang mengenali saya,sedikit mengenali saya,tidak mengenali saya,pura-pura mengenali saya…kenapalah entri ni diwujudkan?jawapannya ialah supaya anda dapat mengenali saya.. hehe sudikah? Hurm mungkin ada yang mengenali saya sebagai seorang yang lembut lembik ayu gedik dan seumpamanya.juga mungkin ada yang mengenali saya sebagai seorang yang kasar lasak kuat gagah hehehe dan seumpamanya…juga mungkin pemalu?pendiam?penyayang?pentingkan diri?or apa-apa sahaja.terpulanglah kepada anda.tetapi semua tu saya yakin pasti ada kat semua orang pun. Cuma berapakah kuantiti sifat-sifat itu ada dalam diri setiap individu. Ada masa-masanya kita perlu kasar,perlu lembut juga sensitif dan segala macam jenis perangai lah kan. Termasuklah saya juga manusia biasa seperti anda.saya ok jika anda ok.anda juga akan ok jika saya ok kan? Macam tu lah.Cuma ada masa-masanya sesetengah dari kita tak peka perasaan orang lain.juga mungkin lupa menghormati orang lain.menjaga maruah orang lain....

Hal ini melibatkan mereka-mereka di sekeliling saya.mereka yang sama-sama berjuang mendapatkan segulung ijazah,mereka yang sama-sama hadapi pahit getir menyiapkan assignment untuk memenuhi permintaan universiti,mereka yang sama-sama merasai keindahan bermasyarakat di Parit Raja,mereka yang sama-sama mendapatkan ilmu di sebuah kelas yang sama. saya sangat kesal akan pertuturan yang mungkin dianggap gurauan semata tetapi sedikit mengganggu perasaan.harap diperbetulkan.di mata anda mungkin saya nampak sungguh jinak tetapi jauh di sudut hati saya adalah seorang pendendam yang sangat tegar kepada mereka yang cari pasal tanpa saya pernah sentuh sedikit pun hal mereka.
pemakaian seorang wanita.ya saya juga seorang islam yang tahu halal haram baik buruk.tapi tak perlu anda bersatu padu sejantina mengkritik para wanita ini sehingga tanpa anda sedari mereka akan berasa sangat berhati-hati untuk berkawan dengan anda juga menyampah meluat mual jelik jijik dengan anda..jangan rosakkan persahabatan kita kerana kecabulan pertuturan anda.tolonglah.kita sudah lewat meniti alam remaja dan sedang berdepan alam dewasa.matang lah kalian.tolonglah matang.berfikiran terbuka menghadapi masyarakat yang tidak semua seperti kehidupan anda.kita semua berbeza.kehidupan seharian kita tak sama.kefahaman kita juga ada bezanya.fahamilah.dalamilah.fikirkanlah...

Juga jika kita kurang ilmu jadi janganlah pandai-pandai bersuara.berlagak macam anda tahu semua benda walhal dari mana sahajalah anda dapat tahu anggota polis FRU berasal dari sekolah henry gurney?tolonglah.jangan berfikiran sempit.kita ada pelajaran.kita cukup dididik jadi jangan rosakkan itu..saya hormat anda jadi anda jangan calarkannya.statement yang anda keluarkan itu even tidak ditujukan khas untuk saya tetapi hati ini sedikit terguris kerana ayahanda adalah seorang anggota polis FRU.saya tahu asal usulnya dari mana datangnya bagaimana dia menjadi anggota di bahagian tersebut.tolonglah jaga mulut anda...

Saya mohon maaf kerana berbahasa kasar walau saya seberapa daya cuba elakkan.saya tiada niat mahu mencari musuh,tiada niat mahu mencari kesalahan anda jauh lagi mencacatkan persahabatan kita.tetapi memandangkan bulan Ramadhan yang mulia bakal menemui kita,maka saya terpaksa meluahkan ini supaya ia tak sentiasa tersimpan di sudut hati.walaupun saya tiada berapa pasti anda-anda yang saya maksudkan adakah membaca coretan tak seberapa indah ini tetapi dengan seikhlas-ikhlas hati saya ingin memohon maaf jika teguran ini menyakitkan anda kerana saya terlebih dahulu merasai sakit itu.sama-samalah kita bertawakal semoga Dia mengampunkan kita yang hanya insan biasa yang sering lupa.....amin........
Maaf, gambar adalah tiada kena mengena. heeee~


p/s : maaf kerana hanya minta maaf di sini kerana aku adalah sangat tak berani okay.heeee~




MUTIARA MAHAL :

"Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal"

3 butterflies concerned.:

Unknown said...

aku saja mengenalimu...percayalah sahabatku...
so mals nk bace entri nie...hehehe...ape pnjg sgt ni kak oi...

yana lyana said...

ye..hehe..takpe...tak penting pon...
ni melibatkan lelaki-lelaki sengalierzzzz...heheh

Unknown said...

panjangnyaa.sedih i nak baca yana.
hahah.
yana nmpk kasar tapi lembut sgt!

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com